Tuesday, 27 March 2018

PENDIDIKAN BERKESAN ABAD 21
Oleh Ravin Kumar Paramaswaran

Pendidikan merupakan satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk membangunkan kedayaan intelek dan yakin diri manusia. Oleh yang demikian kerana, pendidikan akan meningkatkan kematangan seorang untuk memberikan pendapat dan berhujah semasa menjalani kehidupan sebenar. Secara ringkasnya, pendidikan memberi maksud segala pengalaman yang diperoleh memberi kesan kepada pemikiran manusia. Dalam dunia moden dan canggih, manusia terima setiap ilmu dengan hadir ke sekolah atau melalui aktiviti-aktiviti keilmuan secara formal dan tidak formal. Di Malaysia pendidikan formal mempunyai lima peringkat iaitu prasekolah, peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah rendah , peringkat sekolah menengah atas dan lanjutan. Sekolah merupakan institusi dimana kita dapat membina ilmu.  Manakala, pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak melalui institut kekeluargaan yang menekankan unsur-unsur nilai-nilai murni dan kegamaan.
    Secara umumnya, kurikulum persekolahan kebangsaan mendokong hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi muda pada masa kini dan akan datang. Pendidikan yang berkesan akan dapat membentuk remaja yang mempunyai wawasan dan jati diri yang unggul menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , bertujuan menyediakan murid di sekolah untuk menghadapi abad dan era mendatang. Penekanan yang diberikan lebih kepada penerapan nilai murmi dan semangat patriotik untuk menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara yang maju dan masyarakat berilmu. Melalui pendidikan berkesan murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, berakhlak , beretika tinggi, berbudaya, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara berkesan. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pula dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah atasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
    Setiap pelajar sewajarnya kerarah kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa atau lebih, mempunyai etika dan kerohanian yang baik serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pada masa yang sama, pelajar yang dididik dengan berkesan dengan ilmu dan akhlak yang baik dapat menolak segala gejala sosial yang boleh meruntuhkan tamadun bangsa seperti kes buli, budaya lepak, lari dari rumah, vandalisme, lumba haram, berjudi dan minum arak. Tokoh Islam, Ibnu Khaldanun, menyatakan bahwa pengajaran ilmu kepada pelajar hanya didapati berkesan apabila dilakukan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit. Kesan pengajaran itu dapat dilihat pada perubahan tingkah laku pelajar yang diajar oleh guru tersebut.
    Pada kebiasaannya, pelajar pada peringkat awal belum dapat memahami sesuatu yang diajarkan. Namun begitu, apabila diberikan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit akan menampakkan kejayaan hasil daripada pengajaran tersebut. Sementara itu, Imam al-Ghazali berpendapat bahwa dalam ilmu terdapat hieraki secara universal. Apabila mempelajari sesuatu ilmu, maka hal tersebut akan berhubung kait dengan displin ilmu lain pula. Dalam hal ini, beliau menyarankan; “Setiap murid tidak boleh menceburkan diri dalam sesuatu displin ilmu baharu sebelum mempelajari secara sempurna displin ilmu terdahulu. Hal ini disebabkan  displin ilmu adalah tersusun secara sistematik, kerana sebahagian ilmu berkait antara satu sama lain”. Oleh sebab itu, para-para guru di sekolah akan berusaha memperkasakan displin ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Hal ini boleh dilakukan melalui matapelajaran Bahasa Malaysia, Agama Islam, Sejarah dan Pendidikan Moral.
    Seseorang guru yang baik mempunyai personaliti yang dapat membina identitinya sebagai seorang guru yang profesional. Sebagai contoh, guru tersebut seharusnya mesra, berkarisma, kelakar dan empati. Pandangan dan pendapat tokoh pendidik Islam, Ibnu Shahnum menggariskan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang guru, iaitu ikhlas, takwa, bertanggungjawab dan bersopan santun. Satu sifat lain yang penting termasuklah guru tersebut perlu ghairah dan bersemangat dengan tugasnya. Jika tinjau dari aspek yang berbeza, tugas atau tanggungjawab seseorang guru ialah mendidik. Secara tidak langsung guru juga berperanan besar untuk menimba ilmu agar kebaikan diri dan pelajarnya. Kesungguhan dan kerajinannya akan menjadi pelajar bersungguh-sungguh dan tertarik akan pengajarannya. Sesebuah sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dengan pelbagai peralatan canggih belum tentu dapat memberikan pendidikan yang berkesan kepada setiap muridnya, jika guru-gurunya tidak terlatih dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan. Oleh hal yang demikian latihan yang cukup selain minat yang mendalam hendaklah seimbang bagi menjayakan usaha ini.
    Projek Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek ini telah dilaksanakan mulai 1999 iaitu selama 19 tahun secara rintis sebanyak 88 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah rintis. Tujuan dan falsafah projek ini adalah untuk menjadikan pendidikan lebih berkesan, secara menyeluruh dengan peningkatan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kerarah bertaraf dunia. Selain itu, aspek-aspek pendidikan mestilah bertujuan membina insan bagi mencapai kejayaan, kecemerlangan, kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Tidak ada gunanya insan yang hanya hidup bahagia di dunia sedangkan tidak bahagia di akhirat. Seterusnya pendidikan yang berkesan mestilah juga menekankan aspek pendidikan tauhid, keimanan, ibadah, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan. Hanya melalui pendidkan yang menyeluruh seseorang murid itu dapat dididik menjadi insan yang sempurna.
    Menurut tokoh pendidikan Islam, Dr. Muhammad Fadhil al-Jamali, pendidikan berkesan bertujuan membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas  dirinya, sistem kemasyarakatan Islam serta bertanggungjawab sosial, di samping memberikan kesedaraan terhadap alam sekitar serta mengembangkan ciptaan-Nya bagi kebaikan umat manusia. Pendidikan  berkesan seharusnya menjurus ke arah melahirkan remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa depan. Kepentingan nilai-nilai manusia seperti berbudi, berilmu, beramal dan mewujudkan masyarakat yang maju dan sejahtera di dunia dan di akhirat. Lantaran itu, ibubapa dan guru wajar memainkan peranan penting ke arah mewujudkan pendidikan berkesan di rumah dan di sekolah bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Kalangan murid pula mestilah mengetahui arah tuju dan cita-cita mereka.
    Usaha untuk melahirkan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang sains dan teknologi sememangnya menjadi harapan dan matlamat negara. Melalui pendidikan berkesan harapan dan matlamat ini akan dapat direalisasikan dalam pendidikan di sekolah. Sesungguhnya, murid yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berkemampuan, serta berakhlak sebagai pemacu global yang berteraskan sains dan teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Hanya melalui pendidkan yang berkesan sahaja dapat melahirkan warga negara  yang memiliki jati diri yang unggul, keteguhan dalam agama dan budaya bangsa, serta semangat cinta akan tanah air tanpa berbelah bahagi. Semuanya ini adalah menjadi harapan besar seluruh rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Monday, 15 January 2018

#110

#photographedbyme


I took this when im on my first trip to Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur which is our National Stadium 

#109

#phtographedbyme


Found this big book at I city

#108


#photographedbyme


I still remember how hard for me to take this picture and it is perfect 


#107

#photographedbyme


One of my the best picture of 2017 

#106

#photographedbyme


Glow in the dark 

What I mean is we should smile even though when we are facing problems

#105


Fisherman
#photographedbyme


Alaska's commercial fishermen work in one of the world's harshest environments.Many of the hardships they endure include isolated fishing grounds, high winds, seasonal darkness, very cold water, icing, and short fishing seasons.